Rabu, 31 Julai 2013

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN (pertandingan essay peringkat sekolah bagi bulan ramadhan)

Sudah hampir setengah bulan kita berpuasa di bulan ramadhan. Bulan ramadhan sering ditunggu-tunggu oleh semua muslim dan muslimah di seluruh dunia. Walaupun para muslim dan muslimah sekalian berpuasa di siang hari, mereka tetap boleh meneruskan aktiviti seharian mereka. Pada masa yang sama, para ibubapa akan mengajar anak-anak mereka untuk berpuasa dan memberitahu kelebihan bulan ramadhan itu. Hal ini akan mendidik anak-anak supaya berpuasa dengan ikhlas hingga ke akhirnya. Puasa adalah tuntutan agama selain menunaikan solat lima waktu.

Apakah kelebihan bulan ramadhan ini? Seringkali pertanyaan ini akan kerap ditanya oleh para umat islam yang ingin mendapat kelebihan bulan ramadhan. Kita seringkali mendengar apabila muncul bulan ramadhan, umat islam akan berlumba-lumba untuk mendapat malam lailatulqadar. Apakah malam lailatulqadar ini? Malam Lailatulqadar adalah malam rahsia yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia hanya orang-orang soleh yang mendapat kelebihan ini, orang yang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan Allah segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak, dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang soleh yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatulqadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat. Masyaallah banyaknya fadilat malam lailatulqadar. Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatulqadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatulqadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan

Selain malam lailatulqadar ini, ade beberapa kelebihan bulan ramadhan antaranya Pintu langit akan dibuka seluas-luasnya untuk para umat islam yang berpuasa dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”(Riwayat Bukhari dan Muslim) Maksud Rasulullah pintu-pintu syurga dibuka adalah “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.) umat islam juga menginginkan mendapat kelebihan untuk dapat memasuki salah satu pintu syurga “pintu rayyan” yang hanya untuk golongan yang berpuasa sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka yang Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

didalam bulan ramadhan terdapat beberapa hadis mengenainya. Antaranya adalah daripada Abu Hurairah RA katanya:“Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya” (Diriwayatkan Bukhari) Selain itu, Sabda Rasulullah s. a. w. Pernah meyatakan; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi. Akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan. Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

kesabaran juga sering diuji ketika berpuasa. Allah Subhanahu Wata'ala akan menguji hamba-hambaNya dengan rasa takut. Ujian kesabaran puasa adalah lapar, haus dan nafsu syahwat. Gembirakanlah orang-orang yang berpuasa dengan sabar. Orang yang berpuasa mempunyai kemuliaan dalam sabar iaitu Sabar dalam taat yang bermaksud Puasa akan sabar hingga penuh 1 bulan. Jika hanya 1 minggu maka bukan sabar namanya. Yang kedua iaitu Sabar dalam larangan yang bermaksud Puasa melarang untuk tidak berkata kotor, ghibah dan melihat dengan nafsu syahwat. Akhir sekali, Sabar dalam menderita iaitu Puasa itu menderita akan nikmatnya lapar dan haus, maka dari itu berletih letihlah dalam berpuasa kerana nilai ibadah tergantung seberapa ujian yang menimpanya..

Banyak sebenarnya fadhilat bulan ramadhan ini, Sabda Rasulullah s.a.w :“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603). Sudah banyak bukti kehebatan bulan ramadhan ini, semua ini hanya bergantung kepada keimanan dan kekuatan diri kita untuk melakukan semua ini. Lakukan la semua ini dengan penuh keikhlasan nescaya kamu akan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya. insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan