Sudah
hampir setengah bulan kita berpuasa di bulan ramadhan. Bulan ramadhan sering
ditunggu-tunggu oleh semua muslim dan muslimah di seluruh dunia. Walaupun para
muslim dan muslimah sekalian berpuasa di siang hari, mereka tetap boleh
meneruskan aktiviti seharian mereka. Pada masa yang sama, para ibubapa akan
mengajar anak-anak mereka untuk berpuasa dan memberitahu kelebihan bulan ramadhan itu. Hal ini akan mendidik anak-anak supaya berpuasa dengan ikhlas
hingga ke akhirnya. Puasa adalah tuntutan agama selain menunaikan solat lima
waktu.
Apakah
kelebihan bulan ramadhan ini? Seringkali pertanyaan ini akan kerap ditanya oleh
para umat islam yang ingin mendapat kelebihan bulan ramadhan. Kita seringkali
mendengar apabila muncul bulan ramadhan, umat islam akan berlumba-lumba untuk
mendapat malam lailatulqadar. Apakah malam lailatulqadar ini? Malam Lailatulqadar adalah malam rahsia yang
turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah.
Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul
Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia hanya orang-orang
soleh yang mendapat kelebihan ini, orang yang berusaha mendapatkan malam mulia
itu dengan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan
Allah segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak, dirahmatkannya dengan
limpah kurnia. Dan orang-orang soleh yang dikurniakan Allah mendapat malam
Lailatulqadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat
keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat
keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat. Masyaallah banyaknya fadilat
malam lailatulqadar. Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang
mengetahui, pada malam yang manakah Lailatulqadar itu diturunkan. Kebanyakan
para ulama menyatakan bahawa Lailatulqadar itu diturunkan pada salah satu dari
sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan
bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh
malam yang terakhir bulan Ramadhan
Selain malam lailatulqadar ini, ade beberapa kelebihan
bulan ramadhan antaranya Pintu langit akan dibuka seluas-luasnya untuk para
umat islam yang berpuasa dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan
ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”(Riwayat Bukhari dan
Muslim) Maksud Rasulullah pintu-pintu syurga dibuka adalah “Pada malam pertama
bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu
neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu
syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai
orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan
undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan
sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.) umat islam juga
menginginkan mendapat kelebihan untuk dapat memasuki salah satu pintu syurga
“pintu rayyan” yang hanya untuk golongan yang berpuasa sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang
dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu
pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini
kecuali mereka yang Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka
semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain
mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada
seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam
Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)
didalam bulan ramadhan
terdapat beberapa hadis mengenainya. Antaranya adalah daripada Abu Hurairah RA
katanya:“Puasa itu adalah
perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji
dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau
memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang
diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di
sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum
dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang
seumpamanya” (Diriwayatkan Bukhari) Selain itu, Sabda Rasulullah s. a. w. Pernah meyatakan; "Tiga doa
yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang
yang musafir." Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi. Akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat
kegembiraan. Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
kesabaran juga sering diuji
ketika berpuasa. Allah Subhanahu Wata'ala akan menguji hamba-hambaNya dengan
rasa takut. Ujian kesabaran puasa adalah lapar, haus dan nafsu syahwat. Gembirakanlah orang-orang yang berpuasa dengan sabar.
Orang yang berpuasa mempunyai kemuliaan dalam sabar iaitu Sabar dalam taat yang
bermaksud Puasa akan sabar hingga penuh 1 bulan. Jika hanya 1 minggu maka bukan
sabar namanya. Yang kedua iaitu Sabar dalam larangan yang bermaksud Puasa
melarang untuk tidak berkata kotor, ghibah dan melihat dengan nafsu syahwat.
Akhir sekali, Sabar dalam menderita iaitu Puasa itu menderita akan nikmatnya
lapar dan haus, maka dari itu berletih letihlah dalam berpuasa kerana nilai
ibadah tergantung seberapa ujian yang menimpanya..
Banyak sebenarnya fadhilat bulan
ramadhan ini, Sabda
Rasulullah s.a.w :“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba)
meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia
kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi
balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh
kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia
(puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi
balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam
– no: 603). Sudah banyak bukti kehebatan bulan ramadhan ini, semua ini hanya
bergantung kepada keimanan dan kekuatan diri kita untuk melakukan semua ini.
Lakukan la semua ini dengan penuh keikhlasan nescaya kamu akan mendapat
ganjaran yang setimpal dengannya. insyaallah...